Footer


*WANITA & ISLAM*WANITA & ISLAM*WANITA & ISLAM*

Cursor

SAHABAT WANITA ISLAM

Wednesday 18 September 2013

Resepi dan menu ibu semasa berpantang

Resepi yang dah ditulis

Assalammualaikum wanita-wanita dan pembaca blog wanita dan islam.... lagi 2 bulan lebih kurang eja akan melahirkan baby.. Insyaallah pantang kali nih mungkin sendiri dibantu oleh bidan tersayang saya..suamiku hihi... Di sini eja dah siapkan menu dan resepi semasa berpantang nanti... ada 7 hari jadi ada 7 resepi... Jom eja nak kongsi dengan pembaca semua resepi-resepi yang eja dah select melalui blog lain...

SETIAP HARI ISNIN




PERIA MASAK ASAM

Bahan-bahan:

200 ml air
5 ulas bawang kecil – dihiris
2 biji peria katak – dipotong nipis
2 sudu besar ikan bilis – dibersihkan
½ sudu teh serbuk lada hitam
½ sudu makan air asam jawa
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Masak kesemua bahan sehingga pekat.
b) Kacau rata dan kecilkan api. Tunggu sehingga naik bau. Angkat dan hidangkan.

Info: Pengambilan peria dapat membantu ibu dalam pantang yang mengalami kesukaran membuang air besar, disamping menambah susu ibu.
Ia juga membantu membersih dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh jika diamalkan.
### ikan goreng/bakar

______________________________________________________________________
SETIAP HARI SELASA















AYAM MASAK KERING

Bahan-bahan:
 
200 ml air
3 – 5 helai daun pegaga – dihiris
3 ulas bawang kecil – dihiris
2 ketul ayam (sederhana besar)
Seketul halia – dimayang halus
½ sudu teh serbuk lada hitam
½ sudu teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Masak kesemua bahan dan kacau rata sehingga mendidih.
b) Perlahankan api dan tunggu sehingga kuah pekat atau kering (mengikut suka). Hidangkan ketika masih panas.

Info: Bagi masyarakat Melayu, kunyit juga diminum sebagai jamu terutamanya bagi ibu selepas bersalin.

Tujuannya untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah. Dimakan bersama nasi sebagai ulam selama 40 hari pantang. Mampu mengembalikan kecergasan badan dan menyembuhkan luka dalaman.



_____________________________________________________________________

SETIAP HARI RABU
















SUP AYAM

Bahan-bahan:
 
250 ml air
2 ketul ayam
½ sudu teh serbuk lada hitam
Halia sebesar ibu jari – dimayang
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:
 
a) Rebus kesemua bahan. Tambah air jika tidak mencukupi.
b) Biarkan ia mendidih hingga tinggal sedikit kuahnya. Angkat dan hidangkan.

Info: Penggunaan lada hitam bertujuan untuk memanaskan badan Boleh diambil oleh ibu yang bersalin secara pembedahan tetapi seeloknya dalam kuantiti yang sedikit.

________________________________________________________________________

SETIAP HARI KHAMIS

















SUP IKAN HARUAN

Bahan-bahan:

air asam jawa
lada hitam
halia

Cara menyediakan:

Rebus dengan sedikit air sehingga ikan haruan masak.


__________________________________________________________________________

SETIAP HARI JUMAAT















PERIA LADA HITAM

Bahan-bahan:

1 biji buah peria - dihiris
200 ml air
100 gm ikan bilis - dibersihkan
2 ulas bawang putih - dicincang halus
2 batang serai - diketuk
1 sm kunyit hidup - ditumbuk halus
1 sudu makan lada hitam - ditumbuk kasar
1 sudu teh serbuk lada sulah
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Masukkan semua bahan kecuali peria ke dalam kuali. Jerangkan.
b) Kacau sekali-sekala hingga mendidih.
c) Masukkan peria dan masak lagi hingga empuk.
d) Masakan hendaklah dikacau selalu bila bertambah pekat dan kering.

### tambahan ikan haruan goreng/bakar


_________________________________________________________________________


SETIAP HARI SABTU 













AYAM LADA HITAM 

Bahan-bahan:

3 ketul ayam
1 labu bawag putih..hiris halus
2 inci halia-hiris halus
3 sudu lada hitam tumbuk
minyak untuk tumis

Cara menyediakan:

Tumis semua bahan kecuali ayam, bila naik bau masukkan ayam dan sedikit air...bagi ayam empuk..rasa garam dan gula...siap dihidang makan dengan nasi panas



_________________________________________________________________________


SETIAP HARI AHAD














DAGING LADA HITAM

Bahan-bahan:

500 gm daging lembu
1 biji bawang besar - dihiris
5 ulas bawang putih - dicincang halus
2 sudu makan minyak jagung
1 sudu makan lada hitam - ditumbuk kasar
1 sudu makan kicap manis
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Daging dihiris nipis dan dibersihkan.
b) Panaskan minyak jagung. Goreng daging hingga agak garing. Angkat.
c) Masukkan bawang besar dan bawang putih ke dalam baki minyak gorengan tadi. Kacau hingga wangi.
d) Kemudian masukkan semula daging, kicap, lada hitam dan garam. Kacau rata-rata kemudian angkat. Hidangkan.
menyembuhkan luka dalaman.


kredit to : http://lovelysue-mivida.blogspot.com/p/resepi.html


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

2 comments:

  1. Jom join giveaway… hadiah best, bernilai RM750… semua orang boleh join dan menang…sy cari 9 org pemenang yg bertuah..tarikh tutup, 4/12/2014… klik link kat bawah ni kalo berminat..tak payah bayar apa2 pon…

    www.vitaminhouz.com/2014/11/giveaway-best-buat-mama-bayi.html?m=1

    Good luck !!

    ReplyDelete
  2. Wah, sedapnya menu. Tak pantang bersalin pun boleh makan ni.. Terima kasih atas perkongsiannya

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...